Goldman Sach: Tiga Sebab Pasaran Memandang Rendah Kenaikan Kadar The Fed

60

Pasaran ketika ini sedikit ragu dengan kenaikan kadar “Fed Fund Rate” pada Jun dengan penyusutan harga pengguna (CPI) yang dilaporkan minggu lalu.

Potensi kenaikan kadar The Fed untuk bulan Jun kini berada di sekitar 44% dari bacaan lebih dari 60% sebelum ini berdasarkan data dari Bloomberg.

Terdapat juga laporan yang mengatakan para pelabur mempersoalkan kekuatan ekonomi US dan juga ramalan kenaikan kadar The Fed sebanyak tiga kali tahun ini selepas data penting yang dilaporkan sebelum ini menunjukkan ada sedikit masalah dari segi pasaran pekerjaan dan tren pergerakan inflasi di Amerika Syarikat.

Walaupun pasaran telah mula mengurangkan jangkaan kenaikan kadar tersebut, The Fed tetap akan menaikkan kadar seperti yang dikatakan oleh Goldman Sach pada Khamis. Goldman Sach menegaskan para pelabur mungkin memandang rendah faktor-faktor lain yang mana bank pusat akan meneruskan pengetatan polisinya.

Penganalisis di Goldman Sach menjelaskan pasaran yang kurang menyerap kenaikan kadar faedah di masa hadapan ketika ini adalah disebabkan (1) kelemahan pertumbuhan ekonomi dan data inflasi, (2) perancangan pengurangan penyata imbangan The Fed dan juga (3) keyakinan yang semakin kurang dalam pelonggaran fiskal yang dijanjikan oleh Trump dalam masa terdekat.

Apabila dilihat dalam pasaran hadapan Fed Fund Future, jangkaan kenaikan kadar selepas ini semakin lewat kepada Julai dari bulan Jun di mana potensi dua kali kenaikan kadar berada di sekitar 27%.

“Tetapi pasaran mungkin memandang rendah tiga faktor yang menunjukkan The Fed akan terus menaikkan kadar secara beransur-ansur,” kata penganalisis di Goldman Sach.

Alasan penganalisis di Goldman Sach adalah seperti berikut:

1) Walaupun dengan kadar faedah yang lebih tinggi, indeks kewangan semasa kami semakin baik dengan pertumbuhan ekonomi global lebih kukuh berbanding sebelum ini.

2) Bukan hanya pertumbuhan dalam aspek positif agenda Trump, tetapi pertumbuhan dalam aspek negatif juga perlu diambil kira, khususnya dengan aspek ‘protectionism‘ yang semakin berkurangan beberapa bulan ini.

3) Masalah dalam pasaran pekerjaan semakin berkurangan walaupun kami menganalisis perkara ini dalam aspek yang mebih luas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat