Goldman Sachs Jangka 3 Penurunan Kadar Oleh Fed Untuk Tahun Ini

385

Syarikat pelaburan gergasi Goldman Sachs menyatakan pendapat bahawa mereka tidak lagi menjangkakan Amerika Syarikat dan China akan mencapai persetujuan perjanjian untuk mengakhiri pertelingkahan perdagangan yang masih berlarutan sebelum pilihanraya presiden pada November 2020 nanti.

Kenyataan tersebut adalah didorong oleh penggubal dasar daripada ekonomi terbesar dunia itu yang dilihat mengambil langkah yang sukar.

Goldman Sachs menjangkakan penurunan kadar 2 kali secara berturutan oleh Federal Reserve (Fed) berikutan peningkatan terhadap risiko polisi perdagangan dengan pasaran akan lebih cenderung melihat tindakan penurunan kadar yang lebih rendah.

Komen terhadap hubungan dagang AS-China serta semakan terhadap jangkaan penetapan polisi oleh Fed tersebut, timbul setelah Presiden Donald Trump pada minggu lalu mengumumkan tarif tambahan akan dikenakan ke atas barangan import China bernilai $300 bilion bermula 1 September ini.

Pasaran ekuiti global dilaporkan mengalami kerugian mencecah $2.5 trilion ekoran ketegangan retorik daripada kedua-dua ekonomi gergasi dunia, China dan Amerika Syarikat. China telah merendahkan nilai Yuan di paras terendah dalam rekod sejarah sebagai reaksi terhadap pengumuman tarif terbaru Trump.

Ketua Penganalisis Ekonomi di Goldman Sachs menyatakan kebarangkalian 75% untuk Fed menurunkan kadar pada September dan 50% pada Oktober susulan penurunan kadar pada mesyuarat minggu lalu menjadikan 3 kali penurunan kadar dijangkakan pada tahun ini.

Menurut beliau lagi, keputusan oleh Federal Reserve diperhatikan lebih bertindak balas terhadap ancaman perang dagang, jangkaan terhadap pasaran bon dan juga kebimbangan terhadap pertumbuhan global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat