Goldman Sachs Salah Satu Bank Terbesar Dunia Membeli Syarikat Pertukaran Crypto Poloniex

617

Berita terbaru dunia crypto pada awal pagi ini, syarikat fintech Goldman Sachs telah membeli syarikat  pertukaran matawang crypto Poloniex. Goldman Sach merupakan salah satu bank terbesar dunia.

Circle yang merupakan sebuah syarikat fintech yang dimiliki oleh Goldman Sachs berpusat di Boston. Manakala syarikat pertukaran dagangan Crypto Poloniex merupakan salah satu platform pertukaran matawang crypto yang terkemuka dan memiliki reputasi yang memberangsangkan.

Pada hari Isnin, syarikat Circle telah menjalankan perjanjian pembelian syarikat pertukaran matawang crypto Poloniex. Platform pertukaran Poloniex mengendalikan lebih $2 billion jumlah dagangan setiap hari dengan memperdagangkan hampir 70 matawang cyrpto.

Berdasarkan laman sesawang Fortune, perjanjian jual beli tersebut menelan kos sebanyak $400 juta.

Menurut co-founder dan CEO Circle, Jeremy Allaire, ” Kami sangat berbesar hati dengan kejayaan pernjanjian jual beli ini.”

Syarikat Circle telah melancarkan aplikasi yang berorientasikan sistem pembayaran p2p dengan menggunakan blockchain. Circle juga merupakan salah satu pemain penting dalam pasaran dagangan bitcoin. Pada masa akan datang Circle akan melancarkan aplikasi yang membolehkan orang ramai membeli matawang crypto lain.

Circle juga merupakan salah satu syarikat startup blockchain terbaik dan mendapat dana langsung daripada Goldman Sachs Group Inc dan Baidu Inc.

Terkini harga bitcoin adalah pada paras harga $10,337.00 seunit dan jumlah nilai pasaran hampir mencecah $450 billion setakat ini. Terdapat hampir 1500 matawang digital yang telah didagangkan berdasarkan Coinmarketcap.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat