Golongan Muda Lebih Suka AI Berbanding Kripto! – Pengarang The Black Swan

218

“Alamak macam mana ni, takkan AI dah mendominasi dunia.”

Nassim Nicholas Taleb, Pengarang buku “The Black Swan” dan pengkritik terbesar mata wang kripto kali ini berpandangan gembar-gembur aset digital termasuk Bitcoin (BTC) semakin hilang susulan golongan muda dikatakan lebih menumpukan perhatian terhadap Artificial Intelligence (AI).

Taleb juga telah mengakhiri kenyataannya tersebut dengan frasa latin iaitu “successore novo vincitur omnis amor,” dan sekiranya diterjemahkan ia membawa maksud “semua cinta ditakluki oleh pengganti baru.”

Bagaimanapun, pereka grafik, artis dan pengarang Mike Sheratt yang mengulas tweet Taleb itu berkata bahawa AI memang menarik tetapi ia sama sekali tidak boleh menggantikan pasaran kripto susulan aset digital masih berkembang maju dan menarik perhatian semua orang.

Hal ini kerana sejak awal tahun ini, kripto telah menunjukkan tanda-tanda kebangkitan manakala BTC pula semakin mendapat tarikan oleh kebanyakan syarikat kewangan seperti BlackRock, Fidelity, Invesco, VanEck dan lain-lain yang didapati memfailkan kertas kerja untuk spot BTC ETF.

Bukan itu sahaja, altcoin turut menyaksikan prestasi mengagumkan apabila Ripple (XRP) berjaya melepasi lebih $0.90 sejurus selepas Hakim Analisa Torres dalam Summary Judgment memutuskan XRP bukanlah sekuriti.

Terdahulu pada Mac 2023, Taleb juga dilaporkan memulakan pertengkaran di Twitter dengan profesor psikologi Kanada bernama Jordan Peterson, di mana mereka mempunyai pandangan berbeza berhubung BTC.

Semuanya bermula apabila Peterson berkongsi berita tentang bank terkemuka Australia iaitu ANZ kemudian mendedahkan hasrat beliau untuk menghentikan pengeluaran tunai dari beberapa cawangannya.

Namun, pakar beri amaran polisi itu dapat menjejaskan pelanggan yang lanjut usia dan orang kurang upaya yang kebanyakannya bergantung pada wang tunai fizikal tetapi Peterson bertindak balas dengan menyatakan BTC dapat membetulkan masalah tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat