Google Beri Amaran Akan Pecat Pekerja Anti-Vaksin!

210

Berpeluhlah mereka yang anti-vaks ni!

Alphabet Inc milik Google memberitahu para pekerjanya dimana mereka akan dipecat jika tidak mematuhi arahan vaksinasi Covid-19.

Memetik sumber laporan dari CNBC, pihak atasan Google telah memberitahu para pekerjanya dimana mereka diberi tempoh masa sehingga 3 Disember untuk memuat naik status vaksinasi mereka atau memohon pengecualian perubatan atau agama.

Bagi sesiapa yang telah melepasi tarikh tersebut, pihak Google akan menghubungi pekerja yang masih belum memuat naik status mereka dan bagi pekerja yang tidak mematuhi arahan vaksinasi menjelang 18 Januari, mereka akan diberikan ‘cuti pentadbiran berbayar’ selama 30 hari kemudian ‘cuti tanpa gaji’ selama 6 bulan dan akhirnya ditamatkan perkhidmatan.

Setakat ini, pihak Google masih belum memberi kenyataan lanjut mengenai perkara tersebut.

Sebelum ini, pihak google telah menangguhkan pelan kembali ke pejabat ekoran kemunculan varian Omicron dan tentangan para pekerjanya terhadap mandat vaksinasi kerajaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat