Google Dituduh Tangguhkan Penyiasatan Dan Cetuskan Pergaduhan!

153

Peguam negara yang mengetuai penyiasatan antitrust terhadap Google menuduh syarikat gergasi tersebut sengaja menagguhkan kes tersebut. Dalam satu temubual, Peguam Negara Texas, Ken Paxton mendedahkan tentang percubaan Google untuk menghalang negara daripada menggunakan perunding luar sebagai satu taktik untuk melengahkan siasatan.

Oleh yang demikian, beliau menegaskan bahawa akan mengambil tindakan yang lebih agresif terhadap syarikat itu. Tambahan daripada itu, Google juga didakwa mencetuskan pergaduhan dan pihak berkuasa tidak akan berdiam diri jika mereka tidak mahu memberikan kerjasama.

Namun begitu, Google mengeluarkan satu kenyataan bahawa bantahan terhadap 3 orang perunding tersebut berlaku kerana mereka bekerja untuk pesaing Google iaitu Microsoft dan News Corp. Di samping itu, syarikat tersebut ingin memastikan bahawa setiap dokumen mereka disemak secara sulit.

Salah seorang jurucakap Google berkata mereka sudah mengemukakan perkara berkenaan kepada Peguam Negara Texas dan meminta jaminan bahawa segala maklumat perniagaan mereka adalah sulit dan tidak akan dikongsi dengan para pesaing.

Penyiasatan terhadap syarikat gergasi itu telah bermula sejak September tahun lalu dan masih berlanjutan hingga ke hari ini.

Selain itu, pengunduran salah seorang pegawai atasan antitrust, Makan Delrahim daripada siasatan tersebut didakwa disebabkan oleh ugutan yang diterima.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat