Google Labur $1 Billion Dalam CME Group Untuk Perjanjian Cloud Computing

339

Alphabet Inc (GOOGL.O) Google telah memeterai perjanjian bersama CME Group (CME.0) yang memperlihatkan syarikat dagangan yang berpengkalan di Chicago itu akan memindahkan sistem dagangan pengendalian bursa niaga akan datang mereka ke dalam storan awan, Google Cloud dibawah syarat perkongsian selama 10 tahun.

Perkongsian tersebut membolehkan CME menyediakan akses mudah untuk lebih ramai penyertaan dalam pasaran, mengoptimumkan kos dan menyelaraskan infrastruktur IT serta operasi lain.

Menurut sumber, ekuiti Google telah melakukan pelaburan bernilai $1 billion dalam bentuk saham pilihan boleh tukar tanpa undi CME.

Selain itu, hasil perjanjian tersebut turut membuka peluang untuk Google bertapak dalam sektor perkhidmatan kewangan yang mana mereka telah mula melabur wang yang besar dalam perkhidmatan pengkomputeran awan (cloud computing).

Hasil perjanjian itu menyaksikan Google menang besar dalam persaingan cloud business diantara Amazon.com Inc (AMZN.O) dan Microsoft Corp (MSTF.O) untuk meraih kontrak dari syarikat mewah Fortune 500.

Tahun lalu, Amazon serta dua bursa saham, Singapore Exchange SGX dan Aquis Exchange di London telah melancarkan program yang menurut mereka boleh memindahkan perdagangan saham kepada pengkomputeran awan daripada pelayan fizikal yang mana lebih jimat dan mengurangkan potensi gangguan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat