Google Pula Buat Hal, Disaman Bocor Data Pengguna

250

Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) bertindak menyaman firma teknologi gergasi, Google selepas mendakwa syarikat berkenaan memanipulasi data pengguna untuk tujuan pengiklanan.

Menurut ACCC seperti dipetik oleh Reuters, Google dikatakan tidak memberitahu secara jelas mengenai langkah menggabungkan maklumat peribadi di dalam akaun Google dengan aktiviti pengguna dalam laman sesawang bukan berteraskan Google pada 2016.

Tambah ACCC, tindakan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan syarikat yang meneraju Google dari Amerika Syarikat (AS), Alphabet Inc dapat mengesan tingkah laku pengguna menerusi aktiviti mereka ketika melayari Internet.

Google bagaimanapun tidak memberi sebarang komen berhubung isu terbabit.

Sebelum ini, firma media sosial terkemuka, Facebook terpalit isu Cambridge Analytica pada awal tahun 2018, apabila berjuta data pengguna bocor.

Malahan, firma Yahoo juga berdepan situasi sama apabila para penggodam berjaya mencuri data pengguna antara tahun 2012 dan 2016 dalam tiga serangan godaman.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat