Google Putus Hubungan Dengan Huawei – Ini Kesan Terhadap Pasaran Saham!

2,273

Pada hari ini tersebar di dada akhbar dan laman sosial bahawa syarikat teknologi dan telekomunikasi besar, Huawei terus ditekan. Bukan hanya sekadar disenarai hitam oleh pentadbiran Amerika Syarikat malah syarikat-syarikat gergasi dunia seperti Google dan beberapa syarikat teknologi turut menekan Huawei dengan mengambil keputusan untuk putus hubungan perniagaan. Baca disini dan sini untuk lebih lanjut.

Rententan hal tersebut, Bursa saham Amerika Syarikat Wall Street telah dibuka rendah pada hari Isnin. Indeks Nasdaq Composite juga mengalami hal sama malah turun lebih 1 peratus pada pembukaan hari ini berikutan kekhuatiran terhadap ancaman Amerika Syarikat terhadap Huawei Technologies China. Manakala Bursa Saham S&P 500 jatuh melebihi 0.5 peratus.

Para pelabur semakin cemas dan khuatir terhadap perhubungan perdagangan antara US-China yang semakin tegang.

Saham-saham teknologi antara yang paling terkesan susulan perintah pentadbiran Trump yang menghalang syarikat-syarikat Amerika untuk berurusan jual beli komponen dan sofware dengan syarikat gergasi Huawei.

Unit-unit saham yang dijual semakin bertambah susulan berita bahawa Google mengambil keputusan untuk putuskan hubungan dengan Huawei.

Saham Apple jatuh sehingga 3% pada awal pembukaan saham pada hari Isnin selepas HSBC mengurangkan harga sasaran syarikat tersebut berikutan kekhuatiran terhadap perang dagang antara US dan China.

Selain itu, banyak penjualan berlaku bagi saham-saham semi-konduktor berikutan beberapa syarikat pengeluar cip yang memilih untuk tidak menyediakan bekalan kepada Huawei untuk satu jangka masa tertentu. Indeks SOX semi-konduktor jauth melebihi 3 peratus. Saham Qualcomm jatuh melebihi 5 peratus. Fakta ringkas, 2/3 daripada hasil jualan Qualcomm datang dari China dan Hong Kong.

Menurut penganalisis RBC, Mitch Steves, sekatan US ini akan beri kesan terhadap syarikat-syarikat yang terdedah kepada teknologi 5G dan pasaran China.

Jika dilihat syarikat-syarikat seperti Skyworks Solutions, Qorvo, Broadcom, Qualcomm and Xilinx bergantung pada pertumbuhan infrastruktur 5G. Manakala syarikat Advanced Micro Devices dan Nvidia pula bertanggung jawab untuk high-end data center computing.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat