Google Telah Labur $1.5 Bilion Dalam Syarikat Blockchain

228

Syarikat induk Google, Alphabet Inc merupakan syarikat yang melabur paling banyak dalam industri blockchain berbanding syarikat lain dengan pelaburan berjumlah $1.5 bilion antara tempoh September 2021 dan Jun 2022.

Dalam blog terkini oleh Blockdata, Alphabet (Google) didedahkan sebagai pelabur yang mempunyai pelaburan yang banyak berbanding 40 syarikat teratas yang melabur dalam blockchain serta syarikat kripto dalam tempoh tersebut.

Google telah melabur $1.5 bilion dengan memfokuskan empat syarikat blockchain iaitu platform penjagaan aset digital Fireblocks, syarikat gaming Web3 Dapper Labs, alat infrastruktur Bitcoin Voltage serta syarikat venture capital Digital Currency Group.

Sangat berbeza dengan tahun lepas, Google telah mempelbagaikan usaha yang jauh lebih kecil iaitu $601.4 juta dalam pembiayaan merentasi 17 syarikat berasaskan blockchain, termasuklah Dapper Labs, Alchemy, Blockchain.com, Celo, Helium dan Ripple.

Selain itu, Google telah meningkatkan pelaburannya secara konsisten dengan 40 syarikat dagangan awam teratas yang lain, dengan jumlah $6 bilion yang dilaburkan pada masa ini.

Pelabur korporat besar lain termasuk syarikat pengurusan BlackRock juga telah melabur $1.17 bilion, perbadanan perbankan pelaburan Morgan Stanley dengan $1.17 bilion dan syarikat elektronik Samsung melabur sebanyak $979.2 juta.

Dalam pada itu, Google, Morgan Stanley dan BlackRock menggunakan pendekatan dengan melabur dua hingga tiga syarikat dalam tempoh tersebut.

Sumber: Blockdata

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat