Government Shutdown Berjaya Dielakkan, Senat Luluskan Bil Pembiayaan Kerajaan AS

412

Berita terbaru yang dilaporkan, Senat Amerika Syarikat (AS) telah meluluskan rang undang-undang pembiayaan stop-gap untuk menyokong operasi kerajaan dan mengelakkan situasi government shutdown.

Keputusan undian adalah 87-11.

Setelah diluluskan oleh Dewan pada Selasa dan kini telah mendapat kelulusan para pemimpin Senat, langkah seterusnya adalah untuk bil tersebut ditandatangani Presiden Joe Biden.

Pegawai White House pada Selasa lalu telah menyatakan bahawa Presiden sedang bersedia untuk menandatangani bil setelah diluluskan oleh Senat.

Pembiayaan yang diluluskan ini akan dilanjutkan pula sehingga 19 Januari tahun hadapan dengan keutamaan pembiayaan dana adalah terhadap pembinaan ketenteraan, kebajikan veteran, pengangkutan, perumahan dan Jabatan Tenaga.

Manakala, selebihnya akan diperuntukkan pada pembiayaan kedua sehingga 2 Februari.

Cadangan pembiayaan tersebut dikatakan tidak termasuk bantuan tambahan kepada Israel atau Ukraine.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat