Greece Manafikan Laporan Mereka Tidak Akan Membayar Hutang

93

Menteri Kewangan Greece Euclid Tsakalotos pada Selasa menolak dakwaan laporan surat khabar Jerman Bild bahawa negara tersebut menarik diri daripada menerima bantuan kewangan jika Greece tidak mendapat pelepasan hutang.

“Bild telah memutarbelit apa yang saya katakan kemarin. Saya tidak pernah mengatakan Greece tidak akan membayar hutangnya semula pada Julai. Tiada sebarang isu seperti ini,” katanya kepada Reuters.

Katanya, ia adalah tidak benar bahawa Greece menyimpan wang di tempat lain untuk membayar hutangnya.

“Apa yang saya katakan adalah bantuan kewangan tersebut bukanlah isunya, kerana semua pihak telah bersetuju dan kami memegang komitmen masing-masing.

“Tetapi kerajaan Greece merasakan bantuan kewangan tersebut tanpa penjelasan terperinci terhadap hutang adalah tidak mencukupi untuk memulihkan semula ekonomi Greece,” kata beliau.

Dalam sesi dagangan Isnin, kebimbangan politik di Eropah turut meningkat dengan nada yang berhati-hati dalam pasaran selepas Greece mengancam untuk menarik diri dari pembayaran hutangnya. Hal ini telah menyebabkan Euro tertekan pada awal sesi Asia dan memulih semula petang tadi selepas Menteri Kewangan Greece menafikan laporan terbabit. Kini Eur/Usd didagang di sekitar 1.1157.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat