Greenback Dihantui Potensi Kemelesetan Ekonomi, Pasaran Masih Dalam Situasi Tidak Menentu.

532

Pasaran Asia hari ini ditutup dengan negatif menjelang rundingan perdagangan As-China yang akan berlangsung pada 28 Mac ini dan kebimbangan mengenai pertumbuhan global yang terus meningkat.

Dalam sesi Eropah, matawang Euro disokong sedikit selepas data dari Jerman sebentar tadi. Indeks perniagaan Ifo di Jerman meningkat 0.9 mata dari bulan sebelumnya kepada 99.6 pad Mac 2019 sekaligus mengalahkan jangkaan pasaran sebanyak 98.5.

Manakala AS Dolar hari ini tergelincir berbanding sekumpulan matawang utama. Data perkilangan PMI pada Jumaat lalu telah mengakibatkan lengkungan hasil bon AS untuk 3-bulan dan 10-tahun bergerak terbalik. Ertinya, hasil pulangan bon jangka masa pendek meningkat lebih tinggi berbanding hasil pulangan bon jangka masa panjang.

Pembalikan lengkungan ini dipandang sebagai salah satu leading indicator untuk kemelesetan ekonomi. Tambahan lagi, ini merupakan pergerakan kali pertama sejak tahun 2007.

Sementara itu, Yen mengekalkan prestasinya pada paras enam minggu tertinggi berbanding AS Dolar atas faktor permintaan yang tinggi terhadap matawang berstatus safe-haven itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat