Ha Sudah! AirAsia Jepun ‘Bankrupt’!

4,873

AirAsia Japan Co. telah mengemukakan bahawa syarikat tersebut gulung tikar dengan Mahkamah Daerah Tokyo setelah operasi mereka terpaksa dihentikan pada bulan lalu kerana penularan wabak Covid-19 yang menjejaskan perjalanan di seluruh dunia serta mengakibatkan kerugian.

Sehubungan dengan itu, Kumpulan AirAsia Group Bhd. Malaysia didakwa telah menerima perintah sementara pentadbiran dari mahkamah pada hari ini.

Berdasarkan sebuah kenyataan, berikutan dengan kedudukan semasa kewangan AirAsia Jepun, mereka tidak dapat menyelesaikan pembayaran balik yang tertunggak. Oleh yang demikian, syarikat berkenaan memohon maaf terhadap segala masalah ditimbulkan kepada para pelanggan yang telah menggunakan atau memesan penerbangan AirAsia mereka.

Umum mengetahui bahawa AirAsia, yang melaporkan kerugian terbesar dalam rekod pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, dikhabarkan mengalami tekanan ketika Covid-19 menggegarkan industri penerbangan. Hal berkenaan turut dialami oleh syarikat penerbangan di seluruh dunia, yang berhadapan dengan krisis hingga terpaksa mengurangkan jumlah pekerja dan berusaha untuk mendapatkan dana bagi mempertahankan kedudukan mereka. Bahkan terdapat juga yang gulung tikar kerana krisis yang melanda.

Sementara itu, syarikat penerbangan tambang murah itu turut menghentikan pembiayaan syarikat gabungannya di India, mengakibatkan AirAsia India Ltd. hanya bergantung kepada pemegang saham majoriti, konglomerat India Tata Group. Lebih malang lagi apabila urusan perniagaan AirAsia X Bhd dikhabarkan tidak berjalan lancar dan telah mengemukakan cadangan penstrukturan hutang baru kepada pemiutang.

Rentetan daripada itu, AirAsia Jepun telah membatalkan semua penerbangan, termasuk antara Nagoya dan Taipei. Perkhidmatan yang dikendalikan ke Jepun oleh syarikat penerbangan AirAsia yang lain di lokasi seperti Thailand dan Filipina tidak akan terjejas. Manakala Perkhidmatan antarabangsa ke Jepun dari Malaysia, Thailand dan Filipina akan disambung semula kerana sekatan perjalanan telah dilonggarkan dan sempadan mula dibuka.

Justeru itu, para pelanggan yang telah menempah penerbangan AirAsia Jepun boleh memohon pemulangan wang mulai April tahun depan, atau mereka akan menerima kredit yang dapat digunakan pada penerbangan lain yang dikendalikan oleh AirAsia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat