Habis Ekonomi New Zealand ‘Ditelan’ Virus

1,147

New Zealand berdepan kemelesetan ekonomi yang terburuk sejak 1987 berikutan pelaksanaan ketat dalam usaha membendung pandemik Covid-19.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) New Zealand menurun sebanyak 12.2% antara April dan Jun selepas perintah berkurung dan penutupan sempadan negara dilaksanakan.

Bagaimanapun, kerajaan New Zealand berharap langkah pencegahan pandemik yang dijalankan itu akan menyumbang kepada pemulihan ekonomi dengan cepat.

Situasi ekonomi negara itu akan menjadi isu utama menjelang pilihan raya akan datang. Pilihan raya New Zealand yang sepatutnya berlangsung bulan hadapan terpaksa ditangguhkan selepas peningkatan mendadak kes Covid-19 di negara itu.

Menurut jurucakap Statistik New Zealand, Paul Pascoe, langkah kerajaan yang dilaksanakan sejak 19 Mac lalu memberi kesan besar terhadap beberapa sektor ekonomi.

“Industri seperti peruncitan, pengangkutan dan restoran antara yang terjejas ekoran larangan perjalanan antarabangsa dan perintah berkurung di seluruh negara,” kata Pascoe.

Sementara itu, para pakar ekonomi menjangkakan pemulihan ekonomi yang lancar kerana tindakan cepat New Zealand membendung penularan wabak tersebut.

“Kami menjangkakan penurunan KDNK yang paling buruk dicatatkan pada Jun lalu, bakal disusuli dengan kenaikan tertinggi pada suku bulan ini,” kata Ahli Ekonomi Kanan Westpac, Michael Gordon.

Namun, Jabatan Perbendaharaan meramalkan situasi hutang yang banyak dan penularan wabak yang belum reda akan melambatkan pemulihan ekonomi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat