Habislah! AstraZeneca Bakal Diheret Ke Mahkamah

1,920

Suruhanjaya Eropah sedang bersiap sedia untuk mengambil tindakan undang-undnag terhadap AstraZeneca Plc atas kegagalan syarikat itu untuk menghantar jumlah dos vaksin yang dijanjikan kepada blok itu, menurut sumber dari lima diplomat Kesatuan Eropah (EU).

Suruhanjaya telah membangkitkan perkara itu dalam pertemuan duta besar pada hari Rabu, di mana majoriti negara-negara EU mengatakan mereka akan menyokong untuk mengheret syarikat itu ke mahkamah.

Seorang diplomat menjelaskan bahawa tujuan prosiding undang-undang adalah mewajibkan AstraZeneca memberikan dos yang ditetapkan dalam kontrak yang ditandatangani sebelum ini.

Tarikh akhir bagi negara-negara anggota untuk menyetujui prosiding undang-undang telah ditetapkan pada akhir minggu ini.

AstraZeneca telah mencetuskan kemarahan EU pada bulan Januari, selepas ia mengatakan tidak dapat menghantar jumlah dos yang dijanjikan disebabkan masalah bekalan.

Menjelang akhir suku pertama, syarikat itu hanya memberikan 30 juta dos ke negara-negara EU dari 100 juta dos yang dijanjikan. Hal ini telah menyebabkan kelewatan dalam kempen vaksinasi di seluruh negara EU.

Syarikat itu meramalkan akan memberikan kira-kira 70 juta dos menjelang akhir suku kedua tahun ini, berbanding 300 juta dos yang sepatutnya diserahkan seperti yang terpapar dalam kontrak EU.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat