Habislah! Binance Bakal Gantung Perkhidmatan Kripto Di Jepun!

172

“Jangan risau semua, Binance sebenarnya ada plan lain.”

Sebagai sebahagian daripada usahanya yang ingin mematuhi piawaian kawal selia, bursa gergasi mata wang kripto Binance pada hari Sabtu semalam mengumumkan bakal memberhentikan perkhidmatan aset digital untuk penduduk Jepun mulai 30 November 2023.

Pada masa ini, bursa kripto tersebut sedang berada dalam proses membangunkan platform tempatannya digelar Binance Japan yang akan dilancarkan pada musim panas 2023.

Suka dimaklumkan platform itu adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan pengguna secara khusus, di mana ia bukan sahaja menyediakan pematuhan malah pengalaman perdagangan yang mesra pengguna.

Selain itu, Binance akan menawarkan link migration yang akan membenarkan pengguna di Jepun melengkapkan proses Know Your Customer (KYC) mereka untuk memastikan sebarang pertukaran berjalan dengan lancar.

Menerusi kenyataan rasmi dikeluarkan, link tersebut boleh diakses dari 1 Ogos 2023 sehingga 30 November 2023, oleh itu pengguna harus melengkapkan prosedur KYC masing-masing untuk mematuhi peraturan baharu.

Umum mengetahui bahawa Jepun yang berhasrat mewujudkan persekitaran selamat dan telus untuk pelabur termasuk pengguna telah bertindak pantas dalam mengeluarkan garis panduan kepada bursa kripto.

Pada sisi berbeza, Binance yang mengembangkan operasinya merentasi sempadan antarabangsa sejak beberapa bulan kebelakangan ini telah memperoleh Lesen Aset Digital daripada Kementerian Kewangan Thailand untuk tubuhkan platform dagangan digelar Gulf Binance.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat