Habislah Dolar – Bitcoin Beri Ancaman Pada Greenback?

3,379

Presiden Bank Rizab Persekutuan St. Louis, James Bullard tampil berkongsi pandangan beliau mengenai perkembangan Bitcoin dan kesannya terhadap matawang khususnya US dolar. Beliau dalam salah satu kenyataan berpandangan bahawa matawang kripto tidak akan memberi ancaman terhadap US dolar.

Presiden St. Louis Fed itu mengatakan populariti Bitcoin yang sebahagian besar menarik pasaran disebabkan lonjakan harga berlipat kali ganda tidak akan mampu memberi ancamana terhadap US dolar sebagai matawang rizab dunia. Bullard merupakan seorang ahli ekonomi yang telah menjadi presiden Bank Rizab Persekutuan St. Louis sejak tahun 2008.

”Tidak kisah harga emas naik atau turun, atau harga bitcoin naik atau turun . Ia tidak akan pengaruhi US dolar”, lanjut Bullard. Walaubagaimanapun, Bullar menzahirkan kebimbangan mengenai perkembangan urus niaga kewangan menggunakan kripto yang semakin meluas.

Berdasarkan sejarah, sebelum perang saudara, bank-bank seperti Bank of America, JPMorgan, dan Wells Fargo masing-masing telah mengisukan matawang mereka sendiri. Tetapi hasilnya ia tidak disukai oleh ramai orang. Justeru, beliau jangkakan bitcoin akan berhadapan dengan nasib yang sama, jelas beliau.

Sementara itu, sebilangan penganalisis berbeza pandangan dan tidak begitu optimis terhadap dolar A.S. seperti Bullard.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat