Habislah! Dr. Fauci Mungkin Dipecat Sebab Kritik Trump!

556

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mungkin akan memecat Dr. Anthony Fauci, sebagai tindak balas kepada tindakan pakar kesihatan awam kanan AS itu yang mengkritik cara beliau mengendalikan krisis coronavirus.

Fauci sebelum ini menolak dakwaan Trump yang menyatakan bahawa Amerika Syarikat berusaha keras dalam memerangi wabak pandemik coronavirus sedangkan pada hakikatnya puluhan ribu orang dijangkiti setiap hari.

Selain itu, beliau juga memberi amaran bahawa situasi ini akan bertambah buruk pada bulan-bulan akan datang dan menyeru bahawa AS perlu membuat perubahan besar dalam perlaksanaan kesihatan awam serta memuji kempen Joe Biden yang mengambil secara serius mengenai isu ini.

Kenyataan Fauci nyata mencetuskan kemarahan White House yang menyifatkan komen pakar penyakit berjangkit terkemuka itu sebagai tidak boleh diterima dan ia adalah hanya permainan politik.

Ketika bercakap di hadapan khalayak ramai ketika berkempen di Florida pada hari terakhir kempen sebelum pilihan raya esok, Trump menyatakan isyarat beliau akan memecat Fauci apabila orang ramai pula melaungkan seruan “Fire Fauci”.

“Jangan beritahu sesiapa tetapi beri saya masa sedikit sehingga selepas pilihan raya”, kata Trump kepada penyokongnya.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat