Hacker Guna Kad NFT Pokemon Palsu Untuk Ceroboh Komputer Pengguna!

114

“Bila la hacker nak pupus, kesian dekat mereka yang jadi mangsa.”

Teknologi semakin disalah gunakan oleh penggodam, kali ini koleksi non-fungible token (NFT) yang semakin dikenali ramai telah menarik minat penjenayah siber untuk menipu mangsa melalui kad Pokemon NFT palsu.

Dilaporkan oleh syarikat keselamatan siber Korea Selatan Ahnlab dan Emergency Response Centre (ASEC), penjenayah siber sedaya upaya menjerat mangsa melalui NFT tersebut dengan meminta pengguna untuk memuat naik aplikasi NetSupport Manager.

Selepas mangsa berbuat demikian, penjenayah tersebut dapat mengawal komputer (PC) mereka daripada jauh susulan NetSupport Manager mempunyai fungsi untuk mengakses secara terus ke sesebuah peranti tanpa sebarang sekatan.

Sungguhpun NetSupport Manager adalah satu aplikasi yang sah, namun penjenayah siber mengambil kesempatan untuk menyalahgunakan aplikasi tersebut demi kepentingan diri sendiri.

Diperjelaskan lagi, penjenayah siber yang menjanjikan pulangan lumayan melalui permainan NFT kad Pokemon telah menjadi penyebab kebanyakan individu termakan dengan umpannya.

Meskipun begitu, peminat tegar Pokemon pasti dapat mengenalpasti kecacatan yang terpapar pada kad permainan palsu itu berbanding individu yang kurang meminatinya tetapi tetap tertarik untuk mencuba permainan tersebut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat