Hah! Projek Kripto SafeMoon ‘Terciduk’, Disaman Atas 150 Dakwaan

1,365

SafeMoon tidaklah begitu selamat apabila disaman bersama-sama beberapa selebriti antarabangsa kerana mempromosikan aset kripto dengan kenyataan palsu hingga mengundang kerugian plaintif.

3 plaintif dikenali sebagai Bill Merewhuader, Christopher Polite, dan Tim Viane turut mewakili mangsa lain yang berhadapan dengan kekecewaan sama.

Manakala defendan eksekutif pula – CEO SafeMoon, Braden John Karony; COO SafeMoon, Jack Haines-Davies; Ketua Produk Global, Ryan Arriaga; dan dua stafnya, Shaun Witriol dan Henry Wyatt.

Defendan selebriti terdiri daripada YouTuber, Jake Paul; YouTuber Britain, Ben Phillips; bekas ahli Backstreet Boy, Nick Carters; rapper, Soulja Boy dan Lil Yatchy.

SafeMoon LLC dan subsidiarinya juga tersenarai sebagai defendan.

Apa yang berlaku?

Difahamkan pihak plaintif telah mengemukan 150 dakwaan terhadap kesemua defendan dan 7 daripadanya ialah:

  • SafeMoon telah menipu dalam menerangkan tokenomi aset SAFEMOON, menyebabkan salah faham terhadap keterhadan bekalannya.
  • SafeMoon mengunakan selebriti untuk mewujudkan tekanan permintaan pasaran hingga berlakunya pump and dump token SAFEMOON.
  • Defendan selebriti dibayar ganti rugi dalam SAFEMOON dan sertai defendan eksekutif untuk dump
  • 4 April 2021 – Defendan eksekutif menerbitkan roadmap SafeMoon melalui akaun media sosial Instagram rasmi.
    • Syarikat itu janji untuk siapkan wallet SafeMoon pada hujung suku kedua (Q2) 2021, wujudkan pertukaran non-fungible token (NFT) pada akhir Q3, dan melancarkan bursa SafeMoon pada Q4.
  • Semua janji tersebut tidak menunjukkan tanda pelancaran sedangkan banyak lagi projek yang disenaraikan dalam roadmap tersebut dan SafeMoon terus membuat janji kepada pelaburnya.
  • SafeMoon melantik Ryan Arriaga untuk menyelamatkan situasi buruk berkaitan projek tersebut. Mereka juga telah menyerang dan menyangkal laporan audit oleh HashEx – ‘HashEx SafeMoon Audit DEBUNKED’ pada 2 Jun 2021.
  • 28 Ogos 2021 – Pihak defendan eksekutif merancakkan pelancaran wallet SafeMoon yang ‘kononnya’ berlangsung pada 4 petang.
    • 30 Ogos 2021 – Karony mendakwa dia bersama-sama pelabur lain turut kecewa dengan kegagalan pelancaran wallet
    • Plaintif mendakwa pihak SafeMoon tidak berlaku jujur dan terus mempromosikan pelancaran wallet SafeMoon untuk menaikkan harga SAFEMOON.

Karony juga meminta komuniti SafeMoon untuk tidak panik dan bertenang kerana jelasnya isu ini tidak wajar dibimbangkan.

Malah, Karony mendakwa tindakan undang-undang merupakan sebahagian daripada perkara yang normal berlaku dalam ruang perniagaan besar.

Sudah tentulah insiden ini mengundang pelbagai reaksi. Ada yang bersetuju dengan Karony, ada juga segelintir menunding jari kepada SafeMoon.

Pun begitu, menarik untuk melihat perkembangan kes ini sebagaimana perbicaraan antara Ripple dengan Securities and Exchange Commission (SEC) yang masih berlangsung lebih setahun!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat