Halatuju Inflasi Jadi Tanda Tanya, Pandangan Fed Evan Ini Jadi Perhatian Pasaran!

653

Presiden Federal Reserve Bank of Chicago Charles Evans pada hari Selasa memperjelaskan pandangan beliau yang secara ringkasnya mengulangi sokongannya terhadap dasar monetari yang longgar. Beliau telah mengeluarkan kenyataan yang sedikit melegakan pasaran. Kenaikan inflasi A.S baru-baru ini tidak mungkin membawa kepada jenis inflasi yang tidak diingini

Kata Evans, berdasarkan data-data yang lepas, beliau tidak melihat apa-apa yang menyakinkan yang dapat mengubah sokongan beliau terhadap dasar polisi yang longgar.

Bekas Setiausaha Perbendaharaan Larry Summers mengatakan bahawa janji the Fed adalah untuk mengekalkan kadar pada tahap hampir sifar sehinggalah ekonomi mencapai tahap pekerjaan penuh, inflasi telah mencapai 2% dan kadar tersebut berada pada landasan yang betul

Beliau sebagai pengkritik secara individunya berpandangan dengan mempertimbangkan perbelanjaan pemerintah yang bernilai triliunan dolar untuk menangani wabak Covid-19, satu sisi ia dapat merangsang ekonomi namun satu sisi yang lain ia dapat menimbulkan jenis inflasi yang tidak terlihat dalam beberapa dekad.

Walaubagaimanapun, pendapat itu disangkal oleh Evan. Beliau berpendapat berdasarkan data lepas kadar inflasi yang rendah selama hampir 2 dekad telah merendahkan jangkaan inflasi.

Sebilangan besar pembuat dasar Fed yang lain bersetuju bahawa peningkatan inflasi, yang mengukur 4.2% pada bulan April, cenderung bersifat sementara.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat