Hampir 700 Barangan Import A.S Terima Pengecualian Tarif Dari China!

262

China dilaporkan akan menerima permohonan pengecualian tarif baru ke atas 696 produk yang diimport dari Amerika Syarikat termasuk produk pertanian dan tenaga utama seperti daging babi, daging lembu, kacang soya, gas asli cecair dan minyak mentah.

Sementara itu, China juga akan mengecualikan tarif import peralatan perubatan tertentu dari Amerika Syarikat, dalam usaha untuk kerajaan itu menangani impak daripada penularan coronavirus yang semakin meningkat.

Menurut Suruhanjaya Tarif Majlis Negeri, pengecualian ini dilakukan untuk memenuhi keperluan pengguna dan firma di China yang semakin meningkat.

Firma yang mahukan pengecualian tarif tambahan ke atas produk import A.S boleh mengemukakan permohonan bermula 2 Mac dan pengecualian yang dilaksanakan terhadap barangan-barangan tersebut akan berkuatkuasa selama satu tahun.

Pengumuman mengenai pengecualian ini dibuat ketika negara itu sedang berdepan dengan virus maut yang telah menyebabkan gangguan terhadap rantaian bekalan global dan menjejaskan ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Beberapa pegawai Amerika Syarikat dan penganalisis sebelum ini menyatakan keraguan mereka terhadap keupayaan China untuk memenuhi komitmen pembelian yang ditetapkan dalam perjanjian fasa 1 disebabkan coronavirus.

Terdahulu, Beijing telah mengumumkan bahawa ia akan mengurangkan tarif ke atas barangan import A.S yang bernilai $75 bilion kepada separuh, sebagai memenuhi syarat dalam perjanjian perdagangannya dengan negara itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat