“Hampir Hilang Nyawa Buat Saya Mengenang Kehidupan Saya”

92

Siapa tidak kenal Richard Branson? Dia adalah pemilik jenama Virgin dan antara jenama terkenal dibawah Virgin adalah Virgin Atlantic (syarikat penerbangan) dan Virgin Records (syarikat muzik). Branson juga adalah salah seorang lelaki terkaya dengan nilai kekayaan sebanyak $5.2 bilion pada Julai 2015.

Selain merupakan antara lelaki terkaya di UK, beliau juga mempunyai hobi yang menarik iaitu Branson gemar mencabar diri sendiri dengan aktiviti lasak walaupun beliau sudah mencapai umur 60 tahun!

Tetapi baru-baru ini Richard Branson sekali lagi diuji dengan pengalaman mencabar yang boleh membuatkan orang seperti kita gigit jari. Beberapa hari yang lepas, Richard Branson hampir kehilangan nyawanya apabila terlibat dalam kemalangan semasa berlatih untuk persediaan bagi Virgin Strive Challenge.

Semasa turun dari bukit menuju ke Leverick Bay, persekitaran yang gelap menghalang penglihatan dan basikal beliau terlanggar bonggol diatas jalan raya. Akibat tidak dapat mengawal keadaan, beliau tercampak dan kepalanya dahulu yang mencecah jalan raya.

Branson bernasib baik kerana walaupun basikalnya rosak teruk, topi keledarnya yang telah menyelamatkan kepala beliau dari mendapat kecederaan yang lebih parah. Selain dari kecederaan di pipi serta luka di lutut, dagu, bahu dan badan, Richard Branson tidak mengalami kecederaan yang terlalu serius. Beliau masih berharap untuk menyertai Virgin Strive Challenge pada bulan depan.

Sir Richard Branson
Sir Richard Branson

Menurut Richard Branson, tarikh kemalangan kali ini merupakan hari ulang tahun ke-5 kebakaran di Pulau Necker. Co-pilot beliau ada memetik satu ayat dari Napoleon berbunyi:

“Saya tahu dia seorang jeneral yang bagus, tetapi adakah dia sangat bernasib baik?”

Seperti yang kita dapat lihat, Richard Branson memang seorang ‘jeneral’ yang sangat bernasib baik.

Anak beliau iaitu Sam juga ada memetik satu ayat dari Hunter S. Thompson berbunyi:

“Hidup bukan satu perjalanan ke kubur dengan niat untuk badan sampai dalam keadaan yang elok tanpa cacat cela sebaliknya tergelincir dan bertembung didalam gelembung asap, digunakan sehabis-habisan dan kepenatan serta dengan kuat menjerit “Wow! Perjalanan yang hebat!”

Kata-kata yang ditujukan kepada Branson ini menampakkan bahawa beliau seorang yang berani, tidak mudah putus asa dan seperti yang kita tahu juga, bernasib baik! Apa kata kita juga contohi semangat beliau dengan mengaplikasikan didalam trading dan hidup juga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat