Hampir Setahun, China Masih ‘Culas’!

237

Hampir satu tahun setelah Amerika Syarikat dan China menandatangani perjanjian perdagangan fasa satu, Beijing dilihat masih jauh dari memenuhi pembelian barangan Amerika.

Perjanjian ini memerlukan China untuk membeli sekurang-kurangnya $200 bilion lebih banyak barang dan perkhidmatan AS selama dua tahun, iaitu dalam tempoh 2020 sehingga 2021.

Menurut data yang ditunjukkan oleh Peterson Institute for International Economics (PIIE), antara Januari dan November tahun ini, China telah melakukan pembelian sebanyak $82 bilion barang AS. Pembelian ini adalah separuh daripada sasaran $159 bilion untuk tahun 2020.

Berdasarkan jenis barang, data menunjukkan bahawa pembelian China dari semua kategori produk dalam tempoh 11 bulan, masih jauh lagi daripada komitmen penuh yang disepakati.

Dari segi pembelian produk tenaga AS, China dikatakan telah mencapai kemajuan paling sedikit, sementara yang paling hampir untuk memenuhi jumlah barang pertanian yang disasarkan.

Beberapa pakar mengatakan bahawa tidak realistik bagi China untuk membeli lebih banyak barangan dari AS. Ini kerana untuk memenuhi komitmen tersebut adalah sukar berikutan krisis pandemik coronavirus yang telah menyebabkan permintaan import China menjunam.

Presiden terpilih Joe Biden, yang akan mengambil alih jawatan mulai bulan depan, telah mengatakan bahawa beliau tidak akan segera menghapus tarif yang dikenakan oleh pentadbiran Trump ke atas China.

Beliau akan melalukan penilaian penuh mengenai perjanjian perdagangan fasa satu dan berbincang dengan sekutu AS untuk mengembangkan strategi ke atas China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat