Hangat! Serba Dinamik Kenakan Tindakan Undang-Undang Terhadap KLSE Screener

994

Serba Dinamik Holdings Bhd bersama Pengarah Urusan Kumpulan dan ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah telah mengenakan tindakan undang-undang ke atas pemilik dan pengendali KLSE Screener.

Hal itu berlaku setelah mereka memperoleh perintah interim terhadap dakwaan penerbitan komen palsu dan fitnah yang disiarkan menerusi akaun pengguna yang menyamar sebagai CEO kumpulan itu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, syarikat itu berkata akaun pengguna dengan nama “Datuk Mohd Karim” itu telah menerbitkan komen palsu di laman web klsescreener.com.

Kenyataan yang tidak benar itu secara tidak langsung telah mencetuskan spekulasi yang tidak diingini mengenai saham Serba Dinamik.

Pengerusi Serba Dinamik, Datuk Mohamed Ilyas berkata perintah itu telah diperoleh syarikat serta CEO kumpulan itu terhadap Lim Kai Yang yang merupakan pemilik dan operator KLSE Screener.

Menurutnya, perintah interim itu bakal menyekat KLSE Screener daripada menerbitkan, menerbitkan semula atau membenarkan sebarang penerbitan komen palsu daripada mana-mana akaun yang menyamar sebagai Mohd Karim atau Serba Dinamik.

Komen palsu ini telah mewujudkan spekulasi yang tidak diingini ke atas Serba Dinamik yang mana ia boleh mengancam dan memusnahkan nama baik dan reputasi syarikat serta Mohd Karim.

“Syarikat ini menyifatkan penyamaran dan penerbitan komen palsu sedemikian sebagai kesalahan yang serius terhadap syarikat dan CEO,” katanya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat