Hanya Brexit Harapan Matawang Pound Buat Masa Ini

362

Matawang pound memulakan sesi dagangan Eropah dengan menyusut menghampiri paras terendah satu bulan di tengah-tengah kejatuhan dalam pasaran saham disebabkan perlaksanaan sekatan terbaru di seluruh negara yang melemahkan prospek dalam pemulihan ekonomi UK.

Perdana Menteri Boris Johnson pada hari Sabtu telah mengumumkan langkah sekatan lebih ketat yang akan berkuat kuasa sehingga 2 Disember dan kenyataan menteri kabinet, Michael Gove bahawa penutupan ini mungkin dilanjutkan telah menekan lagi dagangan matawang pound yang sedia lemah.

Harapan pasaran kini diletakkan kepada rundingan perjanjian perdagangan Brexit yang akan diteruskan semula pada hari ini.

Perbincangan yang masih diteruskan sehingga kini menunjukkan tanda bahawa kedua-dua pihak komited untuk mengelakkan daripada pemisahan tanpa perjanjian dan berusaha memeterai perjanjian sebelum tempoh peralihan Brexit berakhir pada akhir tahun ini.

Matawang pound sterling bagaimanapun gagal memanfaatkan peluang kenaikan dengan mengambil pendekatan untuk menunggu perkembangan terbaru mengenai rundingan tersebut.

Sementara itu, US dolar terus mengekalkan momentum pengukuhannya dengan indeks dolar didagangkan menguat berbanding sekumpulan matawang utama pada 94.18 menjelang pilihan raya AS yang akan berlangsung esok.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat