Hanya ‘Event Dari Amerika Syarikat’ Boleh Menghentikan Kenaikan EURO – Penganalisis

64

Kenaikan matawang Euro mungkin baru bermula dengan European Central Bank (ECB) membuat sedikit perubahan dalam panduan kehadapan (forward guidance) pada Khamis.

Mario Draghi dalam komennya berkata pembuat polisi masih menunggu kadar upah dan harga bergerak sejajar dengan pertumbuhan ekonomi. Euro mengukuh sehingga hampir 200 pip setakat ini selepas pengumuman polisi 7.45 pm pada Khamis.

“Ia kenaikan yang begitu kukuh dan ia tidak akan berhenti,” kata Peter Kinsella ketua strategi matawang  Commonwealth Bank of Australia. “Segalanya memberi kesan kepada kenaikan Euro — peningkatan aliran masuk modal, perubahan polisi monetari, risiko politik yang semakin berkurangan.

Peningkatan nada hawkish oleh bank pusat dengan Draghi berkata tekanan inflasi telah menggantikan tekanan deflasi sekaligus menyokong kenaikan Euro. Pelabur menjangka ECB akan mengurangkan rangsangan tahun depan dan kenaikan kadar 10 mata asas seawal September 2018.

Nomura ketika ini meramalkan Euro akan berada di sekitar 1.15 hujung tahun ini. ” Dalam jangka pendek, ia adalah lebih daripada itu dan kami tidak menafikannya.”

Bagi sesetengah penganalisis, hanya satu perkara saja yang akan menghentikan kenaikan Euro iaitu keadaan ekonomi Amerika Syarikat. Ia mungkin terhenti jika terdapat perkembangan positif dalam perubahan percukaian di US, menurut Rochester.

“Satu faktor yang akan menghentikan kenaikan Euro ialah perubahan kepada jangkaan Federal Reserve,” kata Andrew Cormack, pengurus dana di Western Asset Global Management.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat