Hapuskan Tarif Ke Atas China Bantu Kurangkan Inflasi – Janet Yellen

296

Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Janet Yellen menyokong rancangan pentadbiran Biden untuk menghapuskan beberapa tarif ke atas import China yang telah menjejaskan pengguna dan perniagaan.

Yellen memberitahu sidang akhbar sebelum mesyuarat menteri kewangan G7 dan gabenor bank pusat, bahawa perbincangan dalaman sedang dijalankan mengenai tarif yang dikenakan oleh bekas presiden Donald Trump ke atas barangan import China.

Menurut Yellen, beliau berpendapat bahawa tarif tersebut lebih banyak memberi kemudaratan kepada pengguna dan perniagaan serta tidak strategik dalam menangani isu sebenar dengan Beijing.

Perang dagang Amerika dan China telah melibatkan pertikaian mengenai amalan perdagangan tidak adil, isu keselamatan negara atau kelemahan rantaian bekalan.

Terdahulu, Presiden Joe Biden dilaporkan telah berbincang dengan barisan pembuat dasar lain untuk mengurangkan tarif sebagai sebahagian untuk memerangi inflasi yang melambung tinggi.

Namun, laporan tersebut mengatakan wakil perdagangan AS, Katherine Tai lebih memilih mengekalkannya untuk melindung pekerjaan AS dan tingkah laku China dalam pasaran global.

Bagaimanapun, rancangan untuk pengurangan ini juga mendapat sokongan dari ahli ekonomi dan perniagaan yang melihat ia sebagai satu cara untuk menjinakkan inflasi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat