Harapan Berkecai! Sempadan Kanada-AS Masih Tak Boleh Buka

330

Amerika Syarikat melanjutkan sekatan penutupan di sempadannya dengan Kanada dan Mexico untuk perjalanan yang tidak penting sehingga sekurang-kurangnya pada 21 Julai, menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS pada hari Ahad.

Perpanjangan selama 30 hari tersebut, menyusuli pengumuman Kanada melalui satu ciapan di laman Twitter pada hari Jumaat lepas untuk melanjutkan sekatan di sempadannya kepada AS yang telah berkuatkuasa sejak Mac 2020.

Kerajaan AS telah mengadakan pertemuan kumpulan kerja dengan Kanada dan Mexico bagi membuat keputusan ini pada minggu lalu, dan merancang untuk mengadakan pertemuan selanjutnya setiap dua minggu.

AS telah berdepan tekanan besar selepas sebilangan penggubal undang-undang AS dan komuniti sempadan yang terjejas teruk akibat penutupan itu menggesa untuk melonggarkannya menjelang musim panas.

Kanada juga mendapat tekanan daripada syarikat-syarikat dan industri pelancongan untuk mengurangkan langkah sekatan tersebut yang kini telah memasuki bulan ke 16.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau tetap tegas mengatakan bahawa sempadan akan terus ditutup sehingga 75% rakyat Kanada telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 dan 20% telah diberikan kedua-duanya.

Dolar Kanada terus didagangkan susut di paras terendah hampir dua bulan susulan laporan ini, selain turut dihimpit oleh dagangan US dolar yang kuat di sekitar 1.24700

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat