Harapan Pelabur Belum Berakhir, Ini Tumpuan Untuk USD Pada Sesi New York

321

Pergerakan dalam dagangan US dolar terus terbatas pada sesi Eropah di tengah-tengah sentimen pasaran yang bertambah baik.

Berbanding kebanyakan mata wang utama, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback didagangkan lemah pada 103.85.

Pelabur kini menantikan penerbitan bacaan akhir data keluaran dalam negara kasar (KDNK) Amerika Syarikat untuk suku ketiga.

Ekonomi AS dijangka berkembang lebih baik dengan pertumbuhan sebanyak 2.9% pada suku Julai-September, sejajar dengan bacaan awal yang dicatatkan sebelum ini.

Turut menjadi perhatian pasaran adalah terbitan data tuntutan pengangguran AS yang diunjurkan menunjukkan peningkatan pada minggu lalu.

Sementara menantikan penerbitan tersebut, pelabur terlebih dahulu diperlihatkan dengan pengeluaran bacaan akhir data KDNK UK yang menunjukkan penguncupan lebih mendalam daripada dijangkakan pada suku ketiga.

Ini menyebabkan dagangan pound terbantut pada sesi Eropah selepas menyaksikan penguncupan 0.3% daripada 0.2% yang dijangkakan dalam ekonomi UK.

Dalam pada itu, mata wang euro didagangkan sedikit berubah pada sekitar harga 1.0640 berbanding US dolar, mempertahankan keuntungan sederhana yang dicatatkan pada sesi sebelum ini.

Prestasi yang lebih baik dipaparkan oleh mata wang berkaitan komoditi, menyasikan dolar Aussie, New Zealand dan Kanada masing-masing mencatatkan peningkatan berbanding US dolar.

Yen pula kekal kukuh, memanfaatkan tindakan Bank of Japan (BOJ) pada awal minggu untuk perubahan dasar dalam pasaran bonnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat