Harapan Pelabur Musnah, Fed Kembali Ke ‘Jalan Hitam’?

388

Ekuiti global tumbang dengan harapan untuk menyaksikan kenaikan kadar faedah diperlahankan musnah dengan ‘berita baik’ ekonomi Amerika Syarikat (AS).

Data indeks perkhidmatan PMI tinjauan ISM menyaksikan bacaan yang meningkat pada 56.5 mata berbanding unjuran 53.5 mata sementara catatan lepas pada 54.5 mata.

Bacaan itu diapit dengan data pekerjaan pada Jumaat yang kukuh menandakan pertumbuhan ekonomi The Uncle Sam berada dalam keadaan baik, sekaligus menafikan semula jangkaan untuk menyaksikan dasar pengetatan diperlahankan.

Ulas Ketua Eksekutif Drury Capital, Bernard Drury, ‘berita baik‘ ekonomi AS ini adalah berita buruk kepada pelabur dan menandakan Federal Reserve (Fed) akan kembali ke rancangan asal.

Fed sebelum ini dijangka akan memperlahankan tempoh kenaikan kadar faedah dengan Presiden Jerome Powell bernada dovish namun ekonomi AS dilihat masih mampu menampung kesan dasar pengetatan yang agresif.

Ini secara tidak lansgung menolak turun ekuiti dengan Dow Jones Industrial susut 1.4% pada 33,947.10, S&P 500 junam 1.79% pada 3,998.84 dan Nasdaq Composite tumbang 1.93% pada 11,239.94.

Sesi dagangan Asia pula menyaksikan S&P/ASX 200 Australia jatuh 0.28% menjelang keputusan dasar monetari Bank Rizab Australia (RBA) yang dijangka menaikkan cash rate  sebanyak 25 mata asas.

Indeks Nikkei 225 Jepun susut 0.23%, Topix turun 0.24%, Kospi Korea Selatan jatuh 1%, Kosdaq gugur 1.21% dan tolok meluas MSCI Asia Pasifik junam 0.45%.

Dalam pada itu, hasil Perbendaharaan kembali menemui rentak dengan pelabur mulai menimbang prospek kenaikan kadar agresif dalam membendung inflasi dan kemungkinan kemelesetan seperti yang digariskan penganalsis ekonomi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat