Harapan Permintaan Fizikal Dari India, Harga Emas Meningkat

82

Harga emas naik dalam pasaran Asia pada hari ini dengan harapan permintaan emas fizikal di India semasa hari raya akan meningkat dan tumpuan pelabur terhadap risiko politik seiring dengan kejatuhan sedikit dalam matawang dolar U.S.

 

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX meningkat 0.28% kepada $1,298.83 per auns.

Walaubagaimanapun, harga emas jatuh pada hari Selasa berikutan pengukuhan dolar U.S disebabkan laporan data ekonomi yang positif melebihi jangkaan dan spekulasi calon pengganti kerusi pengerusi Fed.

Harga emas terus jatuh dibawah paras $1,300 pada hari Selasa selepas pengukuhan dolar berikutan pertumbuhan ekonomi U.S yang positif bagi suku tahun ketiga.

Berdasarkan laporan oleh Jabatan Statistik U.S harga import meningkat 0.7% pada bulan lepas berbanding 0.6% pada bulan Ogos. Namun jangkaan penganalisis hanya menjangkakan kenaikan sebanyak 0.5% .

Pengeluaran Industri U.S pula meningkat 0.3% pada bulan September berikutan pengeluaran pembinaan dan perkhidmatan yang semakin pulih rentetan daripada badai Harvey dan Irma yang menimpa pada bulan lepas. Pengeluaran pembuatan pula meningkat 0.1% pada bulan September.

Emas sensitif dengan pergerakan dolar. Dolar yang kukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang tinggi. Manakala peningkatan kadar faedah U.S, meningkatkan kos lepas memegang emas.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat