Harapan Rundingan Perdagangan Semakin Pudar, Isu Brexit Terus Meningkat!

387

Kelemahan dalam matawang dolar USD terus direkodkan berikutan pelbagai isu yang timbul menjelang rundingan perdagangan antara AS dan China. Ketidakpastian ini menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak yang telah terkesan sepanjang perang perdagangan itu berlaku.

Menjelang rundingan dagangan, Trump telah menyenaraihitamkan 28 syarikat China berhubung pelanggaran hak asasi manusia serta mengenakan sekatan ke atas visa untuk pegawai China yang dikaitkan dengan penahanan orang Islam di wilayah Xinjiang.

Menurut Pengarah Perdagangan AS, Peter Navarro bahawa isu ini tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain tetapi disebabkan ia berlaku pada masa yang sama, menimbulkan ketegangan antara kedua-dua buah negara ini dan merumitkan rundingan.

Timbalan perwakilan AS dan China bertemu di Washington menjelang rundingan peringkat yang lebih tinggi melibatkan Timbalan Perdana Menteri Liu He, Wakil Perdagangan AS Robert Lighthizer dan Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin pada hari Khamis.

Laporan minit mesyuarat FMOC yang akan dikeluarkan pada awal pagi esok, sedikit memberi harapan kepada pasaran untuk mengharapkan pemotongan kadar faedah yang selanjutnya hujung bulan ini.

Sementara itu mengikuti perkembangan di Eropah, ketidakpastian dalam rundingan Brexit terus meningkat selepas panggilan antara PM UK Boris Johnson dan Kaunselor Jerman Angela Merkel menjadikan rundingan tersebut tidak mungkin dapat dicapai.

Menurut laporan The Times pula, PM Johnson dikatakan sedang menghadapi pemberontakan baru dalam kabinet yang bimbang mengenai no-deal Brexit iaitu ahli-ahli Konservatif di parlimen dijangka akan meletakkan jawatan jika Britain keluar tanpa perjanjian.

Berikutan daripada itu, pound terus mencatat penyusutan setelah dagangan matawang itu mencapai paras terendah dalam satu bulan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat