Harapan Semakin Pudar! Apa Yang Sudah Terjadi Dengan Perjanjian Brexit?

440

Hanya berbaki lima minggu menjelang tarikh akhir pengunduran UK dari Kesatuan Eropah iaitu pada 31 Disember secara keseluruhan.

Sejak akhir-akhir ini telah terdapat laporan bahawa kedua-dua belah pihak menyatakan perjanjian Brexit antara EU dan UK telah menunjukkan kemajuan yang ketara. Namun berita pada hari Jumaat mula menujukkan kenyataan yang sebaliknya apabila kedua-dua belah pihak mengatakan masih ada perbezaan besar mengenai kesepakatan perdagangan Brexit.

Dalam masa yang sama, Ketua Perunding EU sudah menyatakan kesediaan untuk ke London sebagai langkah terakhir untuk menghindari situasi ‘no deal’. Setakat ini, jurang perbezaan masih berkisar pada 3 isu utama iaitu, perikanan, bantuan negara dan peraturan perdagangan.

Menurut Perdana Menteri UK, Boris Johnson, jelas ada perbezaan yang besar dan sangat penting untuk menyelesaikannya secepat mungkin.

Pada 31 Januari yang lepas, UK secara rasmi telah keluar daripada Kesatuan Eropah (EU). Walaubagaimanapun, UK masih termaktub di bawah peraturan dan akta EU sehingga akhir tahun. 11 bulan tambahan dari bulan Januari adalah untuk memberi ruang kepada kedua-dua belah pihak untuk merancang dan merundingkan perjanjian pasca Brexit.

Kesepakatan seperti itu akan membentuk jaringan masa hadapan  UK dengan negara-negara jirannya di Eropah. Antara perkara yang menjadi perhatian utama dalam rundingan perdagangan  dan imigrasi. Secara asas rundingan perdagangan ini akan menentukan peraturan hubungan UK-EU bermula 1 Januari 2021.

Matawang GBP menyusut berbanding US dolar sebanyak 0.16% kepada paras tukaran 1.3334 setakat jam 9.50 p.m.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat