Harapan Terhadap Rundingan Dagang AS-China Kembali Melonjakkan Harga Minyak Mentah

225

Harga minyak mentah kembali melonjak pada Rabu menyambung kenaikan yang diperolehi dari sesi sebelum ini berikutan harapan terhadap rundingan terbaru antara Amerika Syarikat dan China pada minggu hadapan di persidangan G20 di Osaka, Jepun.

Laporan berkenaan rundingan yang akan diteruskan tersebut turut melegakan sedikit ketegangan di Timur Tengah selepas insiden serangan kapal tangki minyak pada minggu lalu.

Dalam kenyataan pada akaun twitter, Presiden Donald Trump menyatakan persiapan beliau untuk pertemuan bersama Presiden China, Xi Jinping pada persidangan di Jepun nanti.

Rundingan perlu diteruskan untuk Amerika Syarikat dan China selepas rundingan sebelum ini dilihat mencapai kegagalan selepas Washington menuduh China berundur dari memberikan komitmen terhadap perjanjian yang telah dipersetujui sebelumnya.

Interaksi di antara kedua pihak sejak itu semakin renggang dan Trump mengancam berulang kali untuk mengenakan tambahan tarif ke atas produk barangan China di mana mahu dielakkan oleh syarikat perniagaan oleh kedua-dua negara.

Permintaan global terhadap minyak mentah kembali melonjak selepas jangkaan rundingan dagang menunjukkan tanda-tanda yang positif selepas kenyataan yang ditulis oleh Trump pada akaun Twitter beliau.

Namun ketegangan di Timur Tengah selepas serangan kapal tangki minyak minggu lalu masih lagi merisaukan di mana Trump turut menyatakan bahawa beliau bersedia untuk mengambil tindakan ketenteraan untuk menghalang Iran memiliki bom nuklear.

Konflik antara Amerika Syarikat dan Iran sebelum ini dihangatkan lagi dengan isu serangan kapal tangki minyak di mana Washington telah menyalahkan Tehran. Iran walau bagaimanapun menafikan pembabitan mereka dalam isu serangan tersebut.

Selain itu, pasaran turut menantikan mesyuarat antara Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bersama negara pengeluar yang berasingan termasuk Rusia dikenali sebagai kumpulan OPEC+ untuk keputusan kawalan pengurangan bekalan minyak mentah yang berakhir pada penghujung bulan ini.

OPEC dan OPEC+ mengatakan perjumpaan akan diadakan pada 10-12 Julai di Vienna dan tarikh akan dicadangkan oleh Iran, mengikut sumber OPEC pada Selasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat