Harga Bertahan Di Atas Zon $1.0500, Masih ‘Bullish’ Untuk EUR/USD?

162

Berikutan cuti umum di Amerika Syarikat (AS) dengan bank-bank juga ditutup semalam, pergerakan pasaran di awal minggu dilihat lebih perlahan.

US dolar masih memaparkan pergerakan suram selepas kesan penyusutan nilainya ketika mesyuarat FOMC pada minggu lalu, walaupun Federal Reserve (Fed) menepati ramalan untuk meningkatkan kadar faedah dengan lebih agresif.

Mata wang Euro gagal memanfaatkan ruang untuk mengukuh berbanding US dolar di awal minggu susulan kenyataan bernada hawkish oleh Presiden bank pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde yang mengulangi kenaikan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat Julai, dan menambah lagi bahawa kenaikan kadar akan diteruskan pada September untuk membendung inflasi yang tinggi.

Namun, ECB yang mengumumkan rancangan skim bantuan kepada negara-negara Eropah pada mesyuarat mengejut minggu lalu, membuatkan kenaikan buat Euro lebih terhad.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD di awal minggu dilihat mendatar di atas zon 1.05000 selepas dagangan di awal sesi Asia pada mulanya meningkat di atas zon tersebut.

Sekadar meningkat sekitar 40 pips, harga susut semula ke zon 1.05000 pada dagangan di penghujung sesi New York.

Menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Selasa), harga kembali menunjukkan peningkatan semula untuk memberi isyarat awal pergerakan bullish di mana harga masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD.

Jika kenaikan harga berjaya diteruskan, rintangan pada zon 1.06000 yang dicapai pada minggu lalu akan kembali diuji sekali lagi minggu ini dan harga berpotensi ke paras lebih tinggi sekiranya US dolar kekal bergerak lemah.

Kenaikan harga yang melepasi rintangan tersebut akan mencatatkan paras ketinggian terbaru menuju ke paras-paras sasaran pada dagangan minggu-minggu sebelum ini, menuju paras 1.07000 atau lebih tinggi pada rintangan 1.08000.

Sebaliknya jika harga menjunam di bawah zon 1.05000, isyarat untuk pergerakan bearish harga akan mendorong jangkaan untuk kembali menuju ke paras 1.04000, menguji zon support penting tersebut.

Beberapa kali harga dilihat gagal untuk turun lebih rendah daripada zon support 1.04000 tersebut pada minggu lalu, dan jika harga berjaya menembusinya minggu ini, paras terendah harga 20 tahun bakal direkodkan.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat