Harga Bitcoin Bakal Mendaki Tembus $18,000 Minggu Ini?

319

Penganalisis pasaran meramalkan bahawa pergerakan raja kripto Bitcoin (BTC) seterusnya bakal menembusi zon harga $18,000 setelah berjaya melepasi paras $17,000 setakat ini.

Namun perlu diingat juga, BTC masih berada dalam keadaan mendatar susulan faktor mining capitulation* yang semakin meningkat.

*Keberadaan para miners dalam rangkaian untuk menjana keuntungan melalui mining

Suka dimaklumkan bahawa peningkatan harga aset digital menyaksikan kenaikan selepas Pengerusi Federal Reserve (Fed) Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell berhasrat mengurangkan kenaikan kadar faedah dalam tempoh terdekat ini.

Namun, kebanyakan pelombong (miners) dilaporkan tetap menjual pegangan BTC mereka susulan terdapat isu mengatakan aktiviti mining memerlukan kos tinggi dan tidak dilupakan juga pasaran kripto kini masih berada dalam keadaan bearish.

Buktinya, pengeluaran tertinggi nilai aliran melalui wallet miners adalah pada November dengan penjualan lebih 6,000 BTC pada minggu lepas manakala miner Pooling menjual 10,050 BTC kepada exchanger kripto Coinbene.

Seterusnya, reserve BTC miners* menyusut sebanyak 13,000 dalam beberapa bulan lalu dengan mencapai paras terendah 14 bulan pada 1 juta BTC sementara kadar hash BTC turut merosot apabila aktiviti mining semakin berkurangan.

*Penunjuk jumlah BTC yang dipegang dalam pools miners dan wallet

Dalam pada itu, penganalisis kripto Michael van de Poppe sebelum ini juga menjangkakan harga BTC mampu melonjak menembusi $18,000 jika aset digital tersebut mencapai paras sokongan pada $16,000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat