Harga Bitcoin (BTC) Pamer Drama Tragis, Ini Perkara Yang Berlaku Dalam Pasaran Kripto!

1,599

Konflik yang semakin meningkat antara Rusia dan Ukraine terus menjejaskan pasaran kewangan dan pasaran kripto. Harga Bitcoin telah merosot sebanyak $3,000 dalam sehari, manakala kebanyakan altcoin mengalami penurunan harga 2 angka peratusan dalam masa 24 jam.

Pada seminggu lalu, harga bitcoin baru sahaja didagangkan pada paras $45,000 yang mana ia memberi harapan pada pemain pasaran untuk harga untuk melonjak naik. Namun paras harga tersebut tidak dapat dipertahankan sehinggalah pembetulan harga (bearish) dalam pasaran mengambil alih yang menyebabkan harga Bitcoin turun $5000 kepada $40,000.

Paras ini menjadi paras sokongan penting yang menjadi tumpuan. Berada di paras ini seketika dan kemudian didorong oleh sentimen negatif, harga BTC akhir jatuh lebih banyak.Pemulihan sementara yang berlaku semalam tidak kekal lama sehingga membawa harga BTC jatuh $36,000 atau kira-kira $400 juta dicairkan. Pemain pasaran kini hanya mampu mengharapkan harga BTC kembali merebut paras $40,000 untuk menarik sedikit nafas lega.

Faktor geopolitik menjadi faktor utama yang mempengaruhi pasaran kripto buat masa ini. Terkini laporan menyatakan Rusia telah mengarahkan tentera memasuki dua wilayah yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine selepas mengiktiraf mereka sebagai negara merdeka.

AS dan EU terus mengancam Presiden Putin dan pentadbirannya dengan beberapa sekatan namun ianya masih belum menunjukkan hasil.

Harga BTC setakat penulisan ini melakukan sedikit pemulihan kepada paras harga 37,890.72.Ethereum (ETH) juga tidak ketinggalan mencatatkan nilai dagangan $2,614, susut 3% selepas berlegar di zon harga tersebut selama dua hari.

Decentraland (MANA), The Sandbox (SAND), Axie Infinity (AXS), Theta Network (THETA), GALA, FLOW, dan Tezos (XTZ) masing-masing telah susut lebih 12%-16% dalam tempoh yang sama.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat