Harga Bitcoin Dijangka Akan Mencapai $25,000 Pada Tahun 2018

3,229

Pengasas bersama dan ahli strategi Fundstrat, Tom Lee dengan yakin meramalkan bahawa harga bitcoin(BTC) akan mencapai $25,000 menjelang akhir tahun ini dalam temubualnya dengan CNBC semalam. Ramalan Tom Lee datang selepas minggu yang sangat tidak menentu dalam pasaran crypto baru-baru ini di mana harga bitcoin merudum ke paras harga di bawah $10,000, hampir 50% kejatuhan dari harga tertinggi yang pernah dicatatkan iaitu $20,000.

Dengan kejatuhan ke paras harga $9,185, Lee mengatakan ianya adalah pergerakan harga yang normal bagi bitcoin. Beliau mengatakan telah melihat pergerakan turun-naik yang sama sepanjang dua tahun lalu, sejak pertengahan 2016 telah menyaksikan kenaikan mendadak(rally) melebihi 75% dan juga penurunan(sell-off) melebihi 25% sebanyak 6 kali.

Gambar chart di bawah menunjukkan pattern pergerakan bitcoin yang dijelaskan Tom Lee.

Beliau juga mengatakan, bitcoin telah berkali-kali menunjukkan keupayaan untuk pulih dari kejatuhan yang sama dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Selain itu, menjangkakan peningkatan minat daripada pelabur institusi, dan pertumbuhan akaun pengguna akan merangsang kenaikan harga bitcoin.

Tambahan juga beliau mengatakan ‘kami menjangkakan harga sekitar $9,000 adalah peluang terbaik pada tahun 2018 untuk membelinya secara agresif’. Turut meramalkan tiga matawang crypto yang berpotensi untuk meningkat iaitu Ethereum(ETH) – $1,900 atau 90% dari harga semasa, Ethereum Classic(ETC) – $60 dan juga matawang crypto dari China iaitu NEO akan mencecah $225 menjelang akhir tahun ini.

Dari perspektif teknikal, laporan Fundstrat menyatakan harga sekitar $10,000 adalah support yang sangat penting untuk harga bitcoin pada tahun 2018. Dan support seterusnya yang boleh diperhatikan adalah %7,500 diikuti %5,500.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat