Harga Bitcoin Jatuh 50% Daripada Paras Tertinggi Pernah Dicapai Dalam Sejarah

1,367

Semalaman harga bitcoin jatuh sebanyak 50% daripada paras tertingginya sepanjang masa. Harga Bitcoin jatuh sehingga dibawah $10,000 buat pertama kali sejak November.

Matawang crypto itu merosot serendah $9.199,59 berdasarkan data di CoinDesk. Di beberapa platform pertukaran juga mencatat pada paras harga $9,000 seperti di Bitfinex, Bitstamp dan lain-lain lagi.


Jumlah nilai pasaran matawang crypto juga mengalami kejatuhan dalam masa 2 hari sebanyak 30% daripada $650 billion kepada $450 billion.

Dalam masa yang sama matawang crypto lain juga mengalami kejatuhan harga. Ethereum jatuh sebanyak 22.5% sehingga ke paras $850. Ripple pula jatuh 26.3% kepada $1.03.

Terdapat beberapa alasan terhadap kejatuhan harga matawang crypto. Pertama ialah berita negatif berkenaan peraturan kawal selia yang datang daripada Korea Selatan dan China. Kedua berita, yang kurang besarnya seperti peraturan pengawal seliaan oleh France, Jerman dan Amerika juga menjadi sentimen negatif terhadap matawang crypto tersebut.

Selain itu, pengurangan pelabur-pelabur daripada Asia juga memberi kesan terhadap pergerakan harga.

Dalam masa yang sama, pasaran juga mengalami correction (pembetulan harga). Downside correction seperti yang berlaku dalam pasaran crypto sekarang juga telah berlaku beberapa kali sebelum ini, malah correction adalah satu perkara biasa dalam pasaran saham dan forex.

Terkini matawang crypto telah menunjukkan lonjakan harga dalam pasaran setakat jam 12.45 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat