Harga Bitcoin Jatuh Mendadak Tanpa Disangka Lebih 10%

338

Harga Bitcoin (BTC) jatuh mendadak sejak semalam, susut lebih daripada 10%.

Laporan menunjukkan dua faktor yang menyumbang kepada penyusutan matawang digital tersebut. Pertama, ‘pelombong’ Bitcoin (miners) telah menjual sejumlah besar BTC dalam tempoh masa yang singkat.

Kedua, indeks dolar US kembali melonjak naik selepas jatuh ke aras support terendah bagi tempoh beberapa tahun sebelum.

Buat masa sekarang, sentimen sekitar BTC masih lagi samar.

Sebahagian pelabur berpendapat nilai BTC akan kembali stabil pada paras melebihi $10,500 dan akan menyaksikan lonjakan untuk tempoh yang lama.

Manakala, terdapat juga pelabur yang tidak menolak kemungkinan kenaikan yang telah berlaku hanya sementara dan bakal menjunam semula, berikutan daripada pertimbangan terhadap kekuatan penarikan semula pada kawasan penting (key area).

Penyusutan mendadak BTC dari $12,000 kepada aras 10,000 menunjukkan kawasan harga $12,000 hingga $12,500 adalah satu julat rintangan (resistance) yang kuat dan BTC tidak mampu untuk melonjak lebih tinggi dan terus menyusut dalam tempoh waktu yang sangat singkat.

Secara teknikalnya, penyusutan BTC dari $11,462 hingga $9,990 dalam tempoh 24 jam meningkatkan kemungkinan penjualan semula yang lebih mendalam. Keadaan ini disebabkan BTC mengimbangi semula keuntungan yang diraih selama 31 hari.

Bitcoin berjaya berada pada paras melebihi $10,000 untuk tempoh yang sama sejak 2017. Salah satu cara untuk mengelakkan penyusutan yang berterusan adalah dengan harapan pembeli dari luar memasuki pasaran pada kadar harga sekitar $10,000.

Jika dinilai semula, penurunan yang berlaku baru-baru ini akan mula menarik minat pembeli dalam masa terdekat. Terdapat sejumlah modal besar di luar, terutama di pasaran stablecoin.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat