Harga Bitcoin Kini Mencecah Melebihi RM50,000 Seunit! Ini Sebabnya!

1,154

Harga bitcoin pada hari ini telah melonjak ke paras tertinggi sejak 1 1/2 tahu lalu. Dalam dagangan Asia hari Rabu, bitcoin didagangkan di Bitstamp pada paras $12,935.58 iaitu RM 53,576.59 seunit.

Manakala matawang crypto kedua terbesar selepas bitcoin, Ethereum pula mencatat peningkatan 5.5% pada hari Rabu. Pada tahun ini sahaja, matawang crypto Ethereum telah naik 150%. Harga terkini Ethereum ialah $346.81seunit.

Antara faktor terbesar yang menyumbang kepada peningktan harga Bitcoin ialah keputusan Facebook untuk beralih kepada dunia crypto dengan mengumumkan matawang crypto Libra. Ramai para penganalisis yang optimis degnan matawang crypto Libra ini kerana fungsinya dan disokong oleh banyak syarikat gergasi.

Walaubagaimanapun, harus diketahui bahawa matawang crypto Libra ini berbeza dengan matawang crypto lain. Harganya lebih stabil kerana ditambat dengan aset benar.

Selain itu, peningkatan matawang crypto turut disebabkan langkah bank-bank pusat dunia yang bersifat dovish. Dalam masa yang sama, faktor gepolitik turut menjadi sebab mengapa ramai pelabur yang beralih kepada aset digital, Bitcoin.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat