Harga Bitcoin Melonjak Melebihi $11,000 Seunit Buat Pertama Kali Dalam Tempoh 15 Bulan!

509

Pada hari ini, harga Bitcoin melonjak melebihi paras $11,000 seunit. Satu rekod pencapaian tertinggi dalam tempoh 15 bulan. Lonjakan harga Bitcoin didorong oleh pengumuman penerbitan matawang crypto oleh Facebook.

Harga Bitcoin mencatat paras tertinggi intraday pada $11,307.69 berdasarkan indeks harga daripada Coindesk. Bacaan ini merupakan bacaan harga tertinggi sejak 5 Mac 2018.

2 tahun yang lalu, harga bitcoin mencatat paras harga tertinggi pada harga $19,000 seunit. Namun pada tahun 2018, harga bitcoin mula merosot sehingga ke paras harga $3,000 seunit.

Menurut penganalisis, terdapat 2 faktor yang mendorong peningkatan harga Bitcoin iaitu peningkatan kesedaran dalam kalangan komuniti pelaburan bahawa bitcoin merupakan salah satu penyimpanan nilai dalam era digital ini. Faktor kedua ialah pengumuman penerbitan matawang crypto oleh Facebook.

Pada tahun ini harga Bitcoin telah meningkat sebanyak 170%. Peningkatan harga bitcoin telah mendorong matawang crypto lain turut meningkat, antaranya ialah Ethereum.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat