Harga Bitcoin Menghampiri Paras $8000 Pada Hari Khamis Sebelum Jatuh Kembali

118

Pada awal pagi hari Khamis, harga Bitcoin hampir mecapai paras tertinggi baru iaitu pada sekitar $8000 selepas jurutera komputer dan pelabur berjumpa dan merencanakan penambah baikan perisian pada Khamis akan datang yang berkemungkinan dapat membahagikan blockchain kepada dua .

Berdasarkan kiriman email oleh Mike Belshe, salah seoang nama besar dalam dunia bitcoin, sekumpulan jurutera komputer sedang mengusahakan perisian yang dipanggil “Segwit2x” yang dikatakan dapat memisahkan komuniti blockchain kepada 2 bahagian. Menurut penganalisis pengumuman kearah perencanaan Segwit2x telah bermula sejak Mei lalu.

SegWit2x merupakan perjanjian diantara beberapa individu berprofil tinggi dalam dunia bitcoin yang merencanakan untuk melebarkan lagi kapasiti jaringan bitcoin.

Penambah baikan perisian adalah untuk mengatasi masalah jaringan bitcoin yang terhad dalam mengendalikan transaksi harian. Selain itu juga untuk memperbaiki kelajuan perlaksanaan transaksi iaitu jual beli dalam sistem blockchain.

Pada ketika ini struktur blockchian, teknologi yang mengasaskan bitcoin mempunyai had maklumat yang boleh dimuatnaik ke dalam blok, iaitu hanya 1MB. Dan ini menyebabkan jumlah transaksi yang boleh dimuatnaik ke dalam satu blok juga terhad iaitu 3 transaksi setiap saat.

SegWit2x menggunakan mekanisme yang sama dengan SegWit tetapi lebih memberi penekanan kepada pembesaran saiz dan kapasiti blok dari 1MB ke 2MB.

Salah satu penyebab harga bitcoin jatuh ialah sentimen bahawa komuniti bitcoin akan dibahagikan kepada dua. Isu ini ialah isu yang hampir sama berlaku pada bulan Julai dan berulang kembali pada bulan November.

Namun menurut penganalisis, perencanaan kearah SegWit2x itu ditangguhkan dan seketika kerana mendapat bantahan daripada komuniti bitcoin.

Menurut Belshe, objektif kami adalah untuk membawa bitcoin ke satu tahap yang baru. Kami percaya bahawa ia memerlukan saiz blok yang besar dan yang paling penting ialah mengekalkan hubungan sesama komuniti.

Menurut pereka Litecoin, Charlie Lee, walaubagaimanapun komuniti bitcoin harus mengimplimentasikan Segwit2x pada masa akan datang.

Harga bitcoin meningkat mencapai paras tertinggi iatu pada $7,888 sebelum jatuh ke paras $7,329.1

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat