Harga Bitcoin Terus Lemas Daripada Paras Tertinggi, Pedagang Beralih Kepada Matawang Crypto Lain

142

Harga matawang digital bitcoin jatuh di bawah paras $6000 pada hari Ahad dan masih sama pada hari ini. Hal ini disebabkan pelabur beralih kepada pelaburan Bitcoin Cash.

Harga bitcoin kini berada pada $5892.0 iaitu meningkat 1.47% selepas jatuh ke paras terendah 25 Oktober lalu iaitu pada $5426.00.

Kejatuhan harga bitcoin adalah berikutan penambahbaikan perisisan yang dijangka akan dilancarkan pada minggu ini. Penambahbaikan ini itu dapat memisahkan matawang crypto kepada dua bahagian yang dipanggil sebagai ‘fork‘.

Fork juga dikenali dengan nama SegWit2x. Penambah baikan perisian ini adalah untuk mengatasi masalah jaringan bitcoin yang terhad dalam mengendalikan transaksi harian. Selain itu juga untuk memperbaiki kelajuan perlaksanaan transaksi iaitu jual beli dalam sistem blockchain.

SegWit2x merupakan perjanjian diantara beberapa individu berprofil tinggi dalam dunia bitcoin yang merencanakan untuk melebarkan lagi kapasiti jaringan bitcoin.

Bitcoin Cash kini mencapai paras tertinggi iaitu pada $2790.00 sebelum jatuh kepada paras $1303.50 iaitu kejatuhan sebanyak 4.15% setakat jam 10.50 pagi.

Jumlah nilai bitcoin cash dalam pasaran kini ialah $27 billion, membuatkan ia menjadi matawang crypto ketiga yang paling bernilai.

Bitcoin pada awalnya hanya bermula dengan hanya $1000 dan kini mencatat jumlah pasaran sebanyak $103 billion.

Ethereum yang merupakan matawang crypto kedua yang paling bernilai selepas bitcoin mencatat pertumbuhan $4.28% kepada $316.19 bagi satu ethereum setakat jam 10.50 pagi.

 

 

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat