Harga BTC Tembus $22K, BTC Sedia Untuk Meroket Kembali?

266

Harga Bitcoin (BTC) kembali pulih dengan kukuh sehingga menembusi paras $22,000, menandakan peningkatan sentimen dalam kalangan pelabur. Apa yang menarik, kenaikan arga BTC baru-baru ini membawa kepada peningkatan besar-besaran dalam bilangan ‘wallet address’ harian. Purata mingguan ialah hampir 410,000 ‘alamat’. Peningkatan selanjutnya dalam purata ‘alamat’ mingguan kepada lebih 415,000 akan mengesahkan kepada momentum ‘bull’.

Memandangkan harga Bitcoin masih di paras $20k, persoalan yang masih beredar adakah harga BTC telah capai paras terendah atau tidak. Berdasarkan data-data lepas, September bukanlah bulan yang baik untuk Bitcoin, ditambah pula turun naik juga meningkat di tengah-tengah data CPI yang akan memutuskan kenaikan kadar 50 atau 75 bps oleh Fed pada 21 September. Selanjutnya, Ethereum Merge minggu ini juga dijangka memberi kesan kepada aktiviti rangkaian Bitcoin .

Penganalisis kripto, Ali Martinez dalam tweet beliau pada 12 September berpendapat bahawa Bitcoin merekodkan peningkatan jumlah alamat harian, dengan purata mingguan mencecah lebih 410,000 alamat. Jika bilangan purata alamat mingguan melonjak melebihi 415,000, ia akan mengesahkan tinjauan kenaikan harga.

Glassnode juga merekodkan bahawa bilangan alamat BTC harian baharu pada rangkaian dilihat meningkat dengan baik, dengan purata mingguan sekitar 410,000 alamat. Pergerakan berterusan melebihi 415,000 alamat BTC boleh mengesahkan prospek yang lebih optimis.”

Tambahan pula, menurut platform dalam rantaian Santiment, Nisbah Transaksi Bitcoin dalam data Untung/Rugi berada pada tahap tertinggi sejak Mac. Ia menunjukkan peningkatan dalam keuntungan apabila bilangan pelabur meningkat dalam dagangan semula di tengah-tengah kenaikan harga BTC.

Pemulihan harga Bitcoin (BTC) daripada $18,702 menyaksikan pelabur mengambil peluang beli di harga rendah untuk membuat sedikit keuntungan. Ia menyebabkan harga Bitcoin naik semula melebihi $22k hari ini buat kali pertama dalam 3 minggu. Ditambah pula dengan penyusutan US dolar sejak 7 September turut mendorong sentimen kenaikan harga dalam pasaran.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat