Harga Emas Akan Turun Bawah $1900?

1,659

Harga emas dilihat mendatar pada dagangan hari ini di sekitar paras 1950.00 pada carta XAU/USD dengan sedikit tinggi berbanding dagangan semalam.

Penurunan ketara harga emas pada Selasa lalu sehingga ke paras 1870.00 gagal diteruskan namun harga kekal bergerak perlahan dan masih berada di bawah paras $2000.

Secara teknikal, harga telah bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang berkemungkinan memberi isyarat harga bakal kembali menyambung trend bullish semula.

Pelabur akan memberi tumpuan terhadap perkembangan vaksin Coronavirus dengan laporan positif yang berterusan akan terus melemahkan dagangan emas dalam pasaran ekoran pelabur akan mula beralih dari aset safe-haven sebelum ini.

Selain itu juga, perubahan nilai dagangan bagi matawang US dolar dalam pasaran turut akan mempengaruhi pergerakan harga emas.

Kenaikan harga berkemungkinan akan ke paras 2000.00 sebelum harga kembali turun lebih rendah semula.

Penurunan lebih rendah pula akan dilihat sama ada harga mampu tembusi lebih rendah paras 1900.00 seterusnya ke paras 1800.00.

Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat