Harga Emas Boleh Naik Tinggi Lagi Ke?

1,993

Harga emas kekal kukuh di paras ketinggian lima bulan setelah lonjakan harga pengguna AS yang tinggi menyebabkan pelabur beralih kepada logam berharga itu sebagai lindung nilai inflasi.

Pada sesi Asia, logam kuning itu diniagakan mendatar di sekitar harga $1,857 per auns, tidak jauh dari paras tertinggi yang dicapainya pada Rabu, $1,868 per auns. Niaga hadapan emas pula didagangkan pada $1,859 per auns.

Setelah mencatat kenaikan sekitar 2.3%, logam berharga itu kini berada di landasan untuk memperoleh keuntungan mingguan terbesar dalam tempoh 6 bulan.

Inflasi AS telah melonjak ke paras tertinggi 30 tahun pada bulan Oktober dan sekali lagi mencabar Federal Reserve (Fed) yang berpandangan bahawa tekanan harga semasa hanya sementara.

Pergerakan hasil bon AS yang sedikit berubah telah memberi sokongan untuk emas meneruskan kenaikan lebih tinggi walaupun pada masa yang sama US dolar juga turut mengukuh.

Selain itu, pengukuhan harga emas turut disokong oleh pemulihan ekonomi UK yang suram pada suku ketiga disebabkan wabak coronavirus, menunjukkan negara itu ketinggalan berbanding negara maju yang lain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat