Harga Emas Dijangka Lebih Tinggi Jika Lepasi Paras $1900

825

Sesi pasaran Eropah mula menyaksikan penyusutan bagi nilai mata wang US dolar dan memberi ruang mata wang utama yang lain untuk meningkat.

Pergerakan harga dalam pasaran dijangka akan lebih bergelora dan tidak menentu pada sesi New York dengan bermulanya undian pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) yang menjadi acara tumpuan utama minggu ini.

Susulan penyusutan US dolar juga telah memberi ruang untuk harga emas kembali meningkat dengan kenaikan telah dipamerkan sejak dagangan awal minggu ini bermula walaupun kenaikan harga agak perlahan.

Diperhatikan pergerakan harga emas pada carta XAU/USD, harga telah meningkat dari paras sokongan 1875.00 di awal sesi Asia semalam menuju ke paras penting 1900.00 di zon SBR (support become resistance).

Dagangan yang bersambung pada hari ini (Selasa) masih menunjukkan harga bergerak perlahan di bawah paras 1900.00 dengan penurunan ke paras sokongan Moving Average 50 (MA50) di timeframe 1 jam kembali melihatkan kenaikan harga semula di sesi Eropah dengan penyusutan US dolar.

Paras 1900.00 dilihat menjadi penentu arah pergerakan selanjutnya buat harga emas.

Jika harga berjaya menembusi zon tersebut, kenaikan harga ke paras lebih tinggi akan dijangkakan. Paras 1910.00 akan menjadi tumpuan sebelum kenaikan yang diteruskan akan menuju zon resistance 1930.00.

Namun jika harga kembali menjunam semula, paras sokongan pada 1875.00 akan menjadi tumpuan terhampir sebelum harga menguji paras terendah yang dicapai minggu lalu sekitar 1860.00.

Trader dinasihatkan berwaspada dan mengawal risiko dagangan sebaiknya dengan jangkaan pergerakan tidak menentu harga untuk sesi-sesi dagangan berikutnya.

Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat